Thursday, 12 December 2013

Fujimoto Hiroshi
Motoo Abiko
Fujiko F. Fujio merupakan pencipta dari serial komik dan kartun Doraemon yang merupakan salah satu anime/manga berjaya di Jepun.Fujiko F. Fujio dilahirkan di  pada tahun 1 Disember1933 dan beliau meninggal dunia pada tahun 23 September1996. Nama sebenar beliau ialah Hiroshi Fujimoto ( Fujimoto Hiroshi).Sebelumnya nama pena Fujiko Fujio (tanpa huruf ‘f’ ditengahnya) merupakan nama pena yang dibuat oleh Fujimoto Hiroshi bersama Motoo Abiko.Beliau Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko dilahirkan di ToyamaJepun (Fujimoto,1933;Abiko, 1934).Semasa Fujimoto pelajar sekolah rendah (1944), Abiko ditukarkan ke sekolah di mana Fujimoto hadiri. Mereka menemui bahawa mereka suka melukis. Selepas memasuki sekolah tinggi junior, mereka kekal berkawan walaupun mereka pergi ke sekolah yang berbeza. Semasa mereka pelajar sekolah tinggi junior (1946 – 1948), mereka terkejut apabila membaca buku komik yang ditulis Osamu Tezuka [3]Shin-Takarajima [4]. Mereka menerbitkan manga mereka sendiri majalah coterie. Mereka juga mengagumi Tezuka’s Lost World [5] dan Snow White and the Seven Dwarfs terbitan Disney, dan mereka menulis surat peminat kepada mereka. Semasa mereka menjadi pelajar sekolah tinggi, mereka mula menulis manga untuk kolum pembaca di pelbagai penerbitan. Mereka membuat kemunculan pertama dalam Tenshi no Tama-chan. Mereka mendapat wang daripada ini, jadi mereka melawat rumah Tezuka di Takarazuka,Hyogo, sebelum mereka tamat dari sekolah tinggi.Akibat dari kesamaan hobi tersebut, akhirnya mereka mulai bersahabat dan membuat manga. Dari persahabatan dan persamaan hobi itu, mereka kemudian sudah cukup banyak membuat karakter tokoh kartun yang mereka buat secara bersama-sama, salah satunya adalah tokoh Doraemon yang menjadi manga yang berjaya di jepun.Tetapi setelah mereka mulai berlanjut usia dewasa, mereka kemudian memutuskan untuk berpisah kerana memiliki minat yang berbeza. Fujiko lebih berminat buat fokus membuat film kartun kanak-kanak, sedangkan Abiko membuat kartun untuk dewasa. Setelah mereka berpisah, Fujimoto Hiroshi mengganti nama pena-nya menjadi Fujiko F Fujio (dengan tambahan inisial huruf "f" ditengahnya). Kemudian setelah itu Fujiko mulai mempopularkan manga yang beliau menghasilkan sendiri, termasuk manga yang pernah dibuatnya bersama Abiko, iaitu Doraemon. 
Mengenai Doraemon, Pada bulan November tahun 1969. Fujimoto Hiroshi yang merupakan nama asli dari Fujiko F. Fujio, membuat pengumuman komik  terbarunya di majalah kanak-kanak untuk kelas 4 SD. Waktu itu belum disebutkan apa komiknya mahupun tokoh utamanya.Fujimoto saat itu memang belum menemukan idea bagaimana dan seperti apa komiknya.Doraemon merupakan manga yang berkisah tentang kehidupan seorang anak pemalas kelas 5 sekolah rendah yang bernama Nobita yang didatangi oleh sebuah robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke-22. Dia dikirim oleh cucunya di masa hadapan untuk menolong Nobita agar keturunan Nobita dapat menikmati keselesaan daripada menderita dari hutang,dan kena buli oleh kawan-kawannya yang akan terjadi pada masa depan yang disebabkan kerana kebodohan Nobita.
 Hasil kerja keras Fujiko membuahkan hasil  Majalah Doraemon dijual laris ke seluruh dipasaran dan disukai kanak-kanak. Dari kejayaannya itu, pada tahun 1970 munculah beliau membuat Doraemon dalam bentuk animasi kartun.Versi animasi ini pun semakin membuat doraemon terkenal seluruh dunia.
Tapi sayangnya kejayaan Fujiko bersama karyanya Doraemon tidak boleh  melihat lagi berterusan pada tahun yang akan datang.walaupun berbakat Fujiko harus menghembuskan nafas terakhir di tahun 1996, kerana penyakit kancer . Walaupun begitu karya-karyanya tetap hidup sampai sekarang seperti, Doraemon yang masih ditayang sampai sekarang di Stas Television, P-Man, Ninja Hatori, Hantu Q-Taro, dan lainnya. Popularitis Doraemon terus menganjak ke seluruh dunia, bahkan setelah pelukis kartun yang telah telah meninggal pada tahun 1996. Namanya yang begitu besar, Doraemon bahkan terpilih sebagai salah satu Asian Heroes dalam majalah Times pada tahun 2002. Penghargaan lain juga pernah diberikan pada Doraemon, salah satunya adalah duta budaya Jepun pada tahun 2008 oleh Kementerian Luar Negeri Jepun
Makam Fujiko F Fujio
Sebagai penghargaan, Muzium Doraemon atau Muzium Fujiko telah rasmi dibuka pada 3 September 2011 di Kawasaki, Jepun. Muzium ini berisi segala hal mengenai Fujiko F. Fujio. Meja kerja, topi kegemarannya, serta paip yang yang selalu ia gunakan  selama membuat Doraemon akan dipajang di sini. Pengunjung juga dapat menemukan seluruh karya Fujiko F. Fujio, mulai dari P-Man, Mojacko, Esper Mami, hingga Doraemon sendiri. Pengunjung juga dapat menjelajahi bagaimana Fujiko F. Fujio memperoleh inspirasinya dan beberapa konsep yang tidak pernah dilihat pada taman rekreasinya.
Muzium Doreamon yang sangat unik











No comments:

Post a Comment